BOLEH TAK MAIN GAME ‘____’ ?
Anda boleh main semua game yang diterbitkan di Nintendo eShop.
APA ITU SISTEM DUAL BOOT?
Selepas pemasangan modchip, switch anda akan mempunyai dua OS berbeza menggunakan sistem dual boot; original firmware (OFW) dan custom firmware (CFW). Ini membolehkan anda bermain secara online di OFW tanpa perlu risau risiko ban dan pada masa yang sama menikmati kelebihan jailbreak di CFW.
NANTI SWITCH SAYA TAK KENE BAN KE?
Kemungkinan untuk kene ban bagi switch yang jailbreak sentiasa ada. Namun begitu dengan sistem perlindungan ban automatik kami, kami dapat kurangkan risiko ini pada kadar hampir sifar.
APA ITU UPGRADE KAMIKAZE DAT0 UNTUK SWITCH OLED?
Cara pemasangan Kamikaze DAT0 untuk Switch OLED adalah cara pemasangan modchip yang sangat stabil untuk tempoh jangka masa panjang tetapi sukar dilakukan atas sebab risiko yang sangat tinggi terutama untuk modder yang kurang berpengalaman. Mod ini akan mengambil masa lebih lama daripada secara penggunaan adapter DAT0 atas faktor kesukaran pemasangan dan keselamatan. Tapi anda tidak perlu risau sebab DRAFMOD ada modder berpengalaman dan berkemahiran yang menawarkan servis Kamikaze DAT0 dengan selamat.
BOLEH TAK SAYA MAIN GAME ONLINE?
Ya anda boleh bermain secara online menggukan game original di OFW. Anda tidak boleh main game secara online di CFW
SAYA TIADA PENGALAMAN NAK JAILBREAK
Anda tidak perlu risau kerana semasa penyerahan konsol, kami akan memberikan tutorial berkenaan penggunaan secara depan-depan sehingga anda faham. Kami juga menyediakan group telegram untuk rujukan anda.
SAYA BERMINAT TAPI TINGGAL JAUH
Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk mereka yang diluar kawasan. Boleh PM kami untuk maklumat lanjut.